Friday, April 15, 2011

Perkongsian Ilmu : Apakah Kita Ibu Bapa yang Derhaka?

Dari : Ustaz Mohd Asif Bin Ahmad

Seorang ayah datang kepada Umar Al-Khatab r.a, Khalifah Islam kedua untuk mengadu tentang kederhakaan anak lelakinya. Khalifah Umar pun memanggil si anak dan menasihatinya. Beliau mengingatkan bahawa anak wajib taat kepada dua orang tuanya serta tidak mengabaikan hak-haknya.

Lalu anak itu menjawab ” Wahai Amirul Mukminin” bukankah seorang anak itu mempunyai hak terhadap orang tuanya?.

” Sudah tentu, jawab Umar r.a Apa hak tersebut, wahai Amirul Mukminin?’ ” Bahawa bapanya wajib memilih ibu yang baik baginya, memberikan nama yang baik kepadanya serta mengajarkan al-Quran kepadanya, jawab Umar r.a

Wahai Amirul Mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua. Ibuku adalah seorang ( Majusi ) penyembah api. Dia memberikan ku nama Ju’al ( yang beerti kotoran kumbang ) dan dia tidak mengajarkan kepadaku satu ayat pun dari al-Quran.

Kemudian Umar r.a menoleh kepada bapa anak tersebut dan berkata: ” Engkau datang kepadaku untuk mengadu ketidaktaatan anakmu, padahal engaku terlebih dahulu gagal melaksanakan tugas-tugasmu kepadanya.Engkau telah melakukan kesalahan kepadanya sebelum dia melakukan kesalahan kepadamu.”

Ya, kita selalu membicarakan kederhakaan anak terhadap orang tuanya tetapi jarang sekali kita bincangkan kederhakaan ibu bapa terhadap anak. Padahal jika diamati, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak yang jika diabaikan, ibu bapa itulah yang menderhakai anaknya.

AMARAN UNTUK IBU BAPA

Peringatan daripada :-

  1. Ibn Umar – berkata Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini, maka Allah akan membongkarkan cacat celanya pada hari kiamat di hadapa para saksi sebagai balasan yang setimpal.
  2. Al-Khasykhasyas al_Anbari berkata :, Aku datang mengadap Rasulullah s.a.w dengan membawa anak lelaki. Baginda bertanya yang bermaksud;’ Apakah ini anak mu, saya menjawab Ya, Baginda kemudian bersabda, Jangan sampai kamu menyakitinya dan jnagan pula dia menyakitikamu.

Kita tidak mahu dianggap gagal dalam menjalankan tanggungjawab atau peranan sebagai ibu bapa. Hal ini kerana kejayaan dalam bidang apa pun tidak ada ertinya jika kita gagal dalam tanggungjawab asasi kita. Rasulullah bersabda :’ Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipersolakan tentang kepimpinan itu.

TUGAS KEIBUBAPAAN TUGAS YANG PROFESSIONAL

Antara ciri-ciri ibu bapa yang Mukmin dan professional :-

  1. Lemah lembut dan tidak kasar
  2. Sabar
  3. Penyayang
  4. Mengambil yang paling ringan daripada dua perkara selama mana perkara itu tidak berdosa
  5. Menjauhi sifat marah
  6. Bersikap sederhana dan seimbang
  7. Mempunyai kemahiran komunikasi
  8. Tahu mengenal pasti masalah dan menyelesaikanya

Sama-samalah kita renungkan adakah kita ibu bapa yang derhaka sebaliknya…….. kepada anak-anak kita. Wallahualam...

Wassalam


Monday, March 22, 2010

untuk renungan...

Semangatnya utk membantu dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan sepertinya sangat tinggi...Segala pertanyaan yang diajukan dapat dijawab dan diselesaikannya dengan mudah...walaupun tidak dapat melihat seperti kita, walaupun berjalan teraba-raba namun itu bukanlah penghalang baginya utk bersama mencurah ilmu dan tenaga yang ada bagi dikongsi bersama....Kita sedar masih ramai lagi yang tidak menyedari kelebihan yg ada pada mereka...mereka juga ingin berjaya seperti org lain, ingin membaca berita & mengetahui perkembangan isu semasa, ingin berkomunikasi menggunakan teknologi tidak kira di mana sahaja...walaupun ilmu yg diperolehi tidak seberapa, walaupun hanya seminggu sahaja namun peluang yang diberi digunakan dengan sebaiknya...Wan Ting, pelajar Tingkatan 3 di SMK Batu Lintang seorang remaja yg cukup bersemangat serta tidak akan melepaskan peluang yg diberikan kepadanya begitu sahaja...Kali pertama berjumpa dan mengenalinya adalah semasa PC Maintenance Course yg telah dijalankan pada penghujung tahun 2009...tidak menyangka akan berjumpa dengannya semasa Computer Literacy Course yang sekarang ini sedang dijalankan, kali ini dia bukan sebagai peserta, tetapi sebagai pembantu kepada SALAM ICT Trainer....Amirul, Salam ICT Trainer di Blind Centre turut bantu oleh Wan ting dalam mengendalikan kursus ini...bila dilihat pada wajahnya, membuatkan aku berfikir bagaimana dan apa yang akan berlaku pada masa depannya...

Monday, August 3, 2009

Pengenalan....

Melakukan kerja sukarela telah banyak memberi ilmu serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam diri ini. Pengalaman bersama masyarakat yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama juga telah memotivasikan diri untuk sentiasa menghargai kehidupan yang sedia ada serta menghormati masyarakat sekeliling. Pengalaman yang berharga ini tidak akan diperolehi dan dirasai tanpa dicari....